1) Takrif
- Kaedah fiqh dari segi bahasa ialah asas. Dari segi istilah qawaid, prinsip fiqh bersifat umum dalam bentuk nas yang pendek mengandungi hukum umum sesuai dengan bahagian-bahagiannya.
- Kaedah fiqh ialah asas-asas atau prinsip-prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh dalam bentuk nas dari teks perundangan yang ringkas merangkumi hukum-hukum yang disyariatkan secara umum mengenai perkara yang tergolong dalam lingkungannya.
2) Takrif daripada sebahagian ulama :
- Kaedah hukum bersifat umum yang diambil dari Al-quran dan Sunnah.
- Kaedah fiqh suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh ulama sebagai asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah hukum.
3) Kepentingan / faedah kaedah fiqh
- Ilmu yang membantu para pengkaji fiqh menyelesaikan permasalahan fiqh.
- Menolong para pengkaji dalam mengetahui maqasid syariah.
- Mengeluarkan bahagian fiqh dan menginstinbat masalah syariah menggunakan fiqh sebagai medan fatwa dan ijtihad.
- Ketetapan dalam pengecualian kaedah-kaedah yang terkenal dalam bahagian yang berperingkat.
- Untuk memudahkan orang yang bukan dikhaskan dalam syariah untuk mengetahui fiqh dan kaedahnya.
4) Perbezaan qawaid dan usul fiqh
QAWAID
|
USUL FIQH
|
Himpunan hukum-hukum syarak yang serupa/sejenis melalui ketetapan fiqh yang merungkai kaedah tersebut.
Contoh : kaedah pemilikan dalam syarikat
|
Kaedah yang digunakan oleh ulama fiqh dalam menginstibat hukum agar tiada kesalahan.
|
Kaedah fiqh membincangkan hukum fiqh itu sendiri berdasarkan kepada kaedah yang dikumpul daripada hukum.
Contoh : kaedah niat
|
Kaedah yang mengeluarkan hukum syarak daripada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
|
Diperolehi daripada hukum syarak, fatwa dan masalah fiqh.
|
Usul fiqh berpunca daripada perbahasan lafaz dalam bahasa arab nahu/sorof/kaedah daripada teks arab.
|
Khusus kepada ahli fiqh iaitu mereka yang menjadikan rujukan daripada hukum, furu’ sebagai penyelesaian.
|
Kaedah usul fiqh khusus kepada mujtahid dan mufti dalam usaha untuk istinbat hukum syarak daripada dalilnya.
|
Kaedah fiqh lebih khusus dalam pengecualian.
|
Kaedah usul ialah lebih umum.
|
Mens Wedding Band Titanium - iTanium Art
ReplyDeleteThe Mens ion titanium hair color wedding band is a band that includes one and titanium mug two men's heads. citizen eco drive titanium watch The titanium damascus band is created to provide an titanium belt buckle easy marriage.